Saturday, April 18, 2009

Laras Bahasa

Laras bahasa boleh didefinisikan sebagai gaya atau cara penggunaan sesuatu bahasa. Sesuatu laras bermaksud variasi yang ada pada tiap-tiap penutur. Laras bahasa biasanya berubah-ubah mengikut situasi. Ciri-ciri laras yang penting ialah perbendaharaan kata, susunan ayat dan frasa yang digunakan. Sesuatu laras tertentu digunakan untuk keadaan atau situasi tertentu. Daripada suatu segi, dapat dikatakan bahawa dengan memilih laras yang tidak sama untuk situasi-situasi yang berlainan, anggota masyarakat dapat menunjukkan bahawa mereka sedar akan situasi-situasi sosial yang berlainan yang wujud di sekitar mereka. Ada terdapat beberapa jenis laras bahasa seperti laras biasa, laras perniagaan, laras akademik, laras undang-undang, laras media massa, laras rencana dan laras sastera.

Terdapat dua aspek dalam laras bahasa sastera iaitu, laras bahasa ilmiah yang membincangkan atau memperkatakan bidang sastera, dan juga laras bahasa kreatif yang digunakan dalam karya kreatif yang terhasil daripada gaya cipta atau gabungan daripada cetusan imaginasi dan pengalaman pengarang. Laras ini berfungsi sebagai media untuk mengungkapkan ekspresi dan pemikiran pengarang dalam bentuk yang bernilai seni dan estetika.

Dalam laras bahasa sastera juga mengandungi istilah-istilah teknikal bagi memperkatakan bidang sastera iaitu unsur perbandingan yang melibatkan personafikasi, hiperbola, simili dan metafora. Unsur yang satu lagi ialah unsur bunyi yang melibatkan asonansi, aliterasi dan rima. Kita boleh nampak penggunaan kedua-dua unsur ini di dalam puisi berbentuk sajak.

Friday, April 17, 2009

Elements, Compounds and Mixtures

According to Cambridge Dictionaries Online (2009), an element is a simple substance which cannot be reduced to smaller chemical parts, for an example; hydrogen is an element. Element is a pure substance which cannot be broken down into two or more simpler substances by any chemical or physical method. In other words, we can say it as the simplest form of matter. An element is made up of only one type of particle. The most abundant element on earth is in the air that we breathe and that is oxygen. Different types of elements are made up of different atoms. There are so many definition or explanation of the element that we would found on our literature, some are described an element is a substance that is made entirely from one type of atom. For example, the element hydrogen is made from atoms containing a single proton and a single electron. If you change the number of protons an atom has, you change the type of element it is (http://education.jlab.org/qa/element.html).

Compounds are a chemical that combines two or more elements, such as salt, sugar and water. Which is, salt is compound of sodium and chlorine, and water is compound of hydrogen and oxygen (H2O), each element is Hydrogen and oxygen. A compound is a substance consisting of atoms or ions of two or more elements that are chemically bonded together, e.g. carbon dioxide, a substance consisting of carbon and two oxygen atoms (Biology Online, 2009). It also known as substance that formed by chemical union of two or more elements or ingredients in definite proportion by weight
(http://www.wordreference.com/definition/compound).

A mixture is a substance consisting of two or more substances mixed together (not in fixed proportions and not with chemical bonding) (http://www.wordreference.com/definition/compound). A mixture also is a substance consisting of two or more substances mixed together. For an example, an alloy made from the mixture of two metals.

Penyakit Tangan Kaki dan Mulut


Penyakit tangan, kaki dan mulut ialah penyakit berjangkit yang sederhana. Gejala penyakit tangan, kaki dan mulut adalah disebabkan oleh virus (kumpulan enterovirus) yang biasanya menjangkiti kanak-kanak berumur 5 tahun. Jangkitan ini berlaku disebabkan tidak mengamal kebersihan diri yang baik dan berada di tempat atau persekitaran yang sesak. Penyakit ini dijangkiti melalui kontak secara langsung dengan pesakit serta melalui najis, air liur dan lelehan dari hidung pesakit. Kebanyakan kes penyakit ini tidak serius. Namun begitu terdapat juga kes-kes teruk yang melibatkan sistem saraf dan jantung. Setiap ahli keluarga dinasihatkan mengamalkan kebersihan diri untuk mencegah jangkitan.

Terdapat beberapa virus yang menyebabkan penyakit ini antaranya ialah virus Coxsackie A16. Kadang-kala juga terdapat jenis kuman virus lain seperti virus Coxsackie A atau enterovirus 71 yang boleh mencetuskan penyakit ini. Virus Coxsackie merupakan salah satu dari jenis virus yang terdapat di dalam kelompok virus yang dikenali sebagai enterovirus seperti virus Polio, virus Coxsackie dan Echovirus. Di Sarawak pada tahun 1997 wabak tangan, kaki dan mulut adalah disebabkan oleh virus Coxsackie dan Enterovirus 71 (EV71) dan pada tahun 1997 juga EV71 telah di sah menyebabkan 4 dari 31 kematian akibat penyakit ini di Sarawak (Kementerian Kesihatan Malaysia, Bahagian Pendidikan Kesihatan).

Penyakit ini amat mudah berjangkit pada minggu pertama pesakit menghidapinya. Penyakit tangan, kaki dan mulut tidak boleh merebak kepada atau daripada binatang peliharaan ataupun binatang-binatang lain. Selepas seseorang itu dijangkiti kuman virus ini tempoh pengeramannya adalah di antara 2 hingga 6 hari. Gejala seperti demam dan ketidakselesaan pada mulut biasanya akan hilang pada hari ketiga atau keempat. Ulser mulut akan hilang pada hari ke 5 hingga 7 tetapi lepuh dan bintik-bintik merah di tangan, kaki akan hanya hilang dalam tempuh 10 hari. Demam berkemungkinan mencapai panas sehingga 39 C.

Penyakit ini boleh menjangkiti sesiapa sahaja tanpa mengira peringkat umur. Walau bagaimana pun, kanak-kanak yang berumur di bawah 5 tahun adalah amat mudah untuk dijangkiti penyakit ini. Pada bulan September 2000, lebih daripada 1000 kanak-kanak di Singapura telah didiagnosis mengidap penyakit tangan, kaki dan mulut. Di Malaysia, pada bulan Oktober 2000, sebanyak 137 kes telah dilaporkan di negeri Johor sahaja yang merupakan 40% dari keseluruhan jumlah kes (362) yang dilaporkan sepanjang tahun 2000 (Kementerian Kesihatan Malaysia, Bahagian Pendidikan Kesihatan). Sebanyak 6,814 kes kanak-kanak dijangkiti penyakit itu telah dilaporkan di Sarawak, Sepanjang wabak itu, 848 kanak-kanak dimasukkan ke hospital tetapi semuanya telah dibenarkan keluar hospital kecuali 25 orang yang masih di bawah pengawasan (Utusan Malaysia Online, 2008).

Justeru itu, orang awam perlu membawa anak mereka ke klinik atau hospital yang berdekatan sekiranya mendapati anak mereka tidak membuang air kecil lebih dari 8 jam serta anak tersebut kelihatan begitu tidak sihat (kelihatan kusut, mengantuk, pucat atau berbelak-belak, resah atau meragam dan tidak dapat tidur atau berpeluh dingin), demam yang berpanjangan sehingga lebih daripada 3 hari, kesakitan pada mulut yang semakin teruk serta mengalami lemah otot kaki dan tangan atau diserang sawan.

Sekiranya terdapat tanda-tanda yang menunjukkan penyakit ini pada anak-anak, ibu bapa seharusnya tahu apa yang harus dilakukan bagi membendung dan mencegah penyebaran penyakit ini. Apa yang penting adalah menjaga kebersihan diri dan persekitaran anak tersebut, seperti mencuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas ke tandas, selepas menukar lampin, mencuci najis kanak-kanak dan sebelum menyediakan makanan.

HIV/AIDS

HIV sebenarnya adalah singkatan bagi ‘Human Immunodeficiency Virus’ iaitu virus yang menyebabkan AIDS. AIDS pula ialah singkatan bagi ‘Acquired Immunodeficiency Syndrom’ iaitu Sindrom Kurang Daya Tahan melawan penyakit. Menurut laman web My Health for Life pula, HIV iaitu Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit, merupakan virus yang memusnahkan system imunisasi badan, menyebabkan pesakit terdedah kepada pelbagai jenis penyakit dan kanser. AIDS (Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit Akut Yang Teruk) merupakan peringkat yang mana pesakit yang dijangkiti HIV mula menunjukkan jangkitan yang khusus atau sel-sel pertahanan badan turun sehingga 200/µl.

Virus HIV mula ditemui di Afrika dan dipercayai berasal dari monyet. Terdapat virus ini di kalangan monyet hijau Afrika (African Green Monkey dan monyet macagua (macague)). Pun begitu, jangkitan virus ini tidak mengakibatkan AIDS di kalangan monyet-monyet berkenaan. HIV mula dikesan pada pelacur-pelacur di Afrika Barat pada tahun 1985 dan ia mirip kepada virus yang menyebabkan AIDS. Maka hipotesis AIDS bermula sebagai satu penyakit zoonosis atau penyakit daripada haiwan kepada manusia mula mendapat perhatian untuk penyelidikan oleh para saintis (Berita Harian, 2008).

Anatomi bagi Virus AIDS



Faktor penyebab

Apabila seseorang individu itu terkena jangkitan virus ini, darah, semen, cecair badan, lelehan vagina dan susu ibu individu yang terkena jangkitan akan mengandungi virus ini. Individu yang terkena jangkitan pula akan membawa virus (dan dapat memindahkan virus) tersebut sepanjang hayat mereka. Walau bagaimana pun, HIV hanya boleh berjangkit melalui empat cara sahaja iaitu, melalui perhubungan seks tidak selamat, melalui perkongsian jarum suntikan atau picagari, melalui ibu kepada bayinya semasa kehamilan, kelahiran atau penyusuan dan melalui tranfusi darah. Namun anda harus ingat bahawa virus ini tidak boleh merebak melalui sentuhan biasa seperti tinggal serumah, ataupun bekerja bersama pembawa HIV tersebut. Mengikut laman web My Health for Life, sejak AIDS dilaporkan pertama kalinya pada tahun 1986 hinggalah tahun 2004, sejumlah 60,621 kes jangkitan berlaku dan 8294 AIDS kes berlaku di Malaysia.

Simptom / Tanda-tanda

Seseorang yang dijangikiti HIV tidak akan menunjukkan sebarang tanda pada awal jangkitan. Seseorang itu boleh berada dalam keadaan yang sihat pada 8 tahun hingga 10 tahun jangkitan. Walau bagaimana pun, simptom-simptom yang ditunjukkan oleh setiap individu yang dijangkiti virus ini adalah berbeza. Seseorang itu mungkin juga akan sembuh selepas jangkitan dan berkeadaan sihat selama beberapa tahun sehinggalah sistem daya tahan badannya menjadi lemah dan orang tersebut jatuh sakit disebabkan jangkitan penyakit yang berulang-kali.

Apabila Sistem Pertahanan Tubuh dilumpuhkan oleh Penyakit HIV/AIDS, individu yang dijangkiti akan menunjukkan tanda-tanda termasuklah badan terlalu lemah dan lesu, penurunan berat badan yang mendadak, demam panas yang kerap, berpeluh pada waktu malam, kelenjar limfa membengkak, ruam kulit dan ulser pada permukaan mukosa, sebagai contoh : lapisan dalam mulut, cirit-birit yang kronik, batuk kronik, hilang ingatan serta jangkitan teruk yang tidak dapat dirawat.

Pencegahan

Pada masa kini tiada vaksin yang berkesan untuk merawat penyakit ini. Apa yang boleh dilakukan adalah untuk mengelakkan daripada dijangkiti oleh penyakit ini dan untuk membendung penyakit ini agar tidak terus menular. Oleh itu untuk mengelakkan daripada dijankiti penyakit ini kita haruslah mengamalkan cara hidup yang sihat. Elakkan diri dari melakukan hubungan seks rawak dan seks tidak selamat ataupun melakukan hubungan seks sebelum perkahwinan atau pernikahan. Bagi remaja yang Berumur 16 tahun ke bawah, menjalin hubungan seks adalah salah di sisi undang-undang kecuali telah berkahwin. Selain itu, kita haruslah setia hanya pada seorang pasangan, dan jika melakukan hubungan seks juga gunakan kondom dan jangan bertukar-tukar pasangan.

Selain itu, jangan melibatkan diri anda dalam golongan penagih dadah. Jauhi diri dari dadah. Tidak berkongsi jarum suntikan bila anda melakukan penyalah gunaan dadah. Jika anda seorang penagih dadah, mendapat rawatan untuk menghentikan ketagihan itu. Menggunakan jarum yang bersih dan basmi kuman. Elakkan dari pengambilan alkohol atau dadah di mana ia akan menjejaskan pertimbangan anda. Elakkan berkongsi jarum suntikan.

Ibu yang mengandung bayi dan menghidap HIV/AIDS, diminta supaya berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan nasihat dan langkah yang boleh dilakukan. Bagi mereka yang menghidap HIV/AIDS dan ingin mendapatkan bayi, diminta agar pergi berjumpa dengan doktor atau mendapatkan nasihat di pusat-pusat kaunseling yang anda percayakan. Jika tidak, sila dapatkan bantuan dari persatuan-persatuan, jabatan-jabatan kesihatan atau pertubuhan-pertubuhan kesihatan yang berkaitan. Mereka selalu bersedia untuk menolong anda. Elakkan memberi susu badan kepada bayi untuk mengurangkan risiko jangkitan

Elakkan dari pemindahan darah sejauh mana yang boleh. Kurangkan kemungkinan mendapat kecederaan yang teruk. Elakkan diri dari mengambil suntikan kecuali jika betul-betul perlu. Jika anda terpaksa mengambil suntikan, pastikan jarum dan 'syringe' didapatkan terus dari bungkusan yang bersih dari kuman (sterile) atau telah dibersihkan dari kuman. Pastikan alat suntikan digunakan sekali sahaja, kemudian dibuang dengan selamatnya. Jangan kongsi benda yang mungkin ada kesan darah orang lain seperti pisau cukur, berus gigi atau alat suntikan. Elakkan dari mendapatkan "tattoo", "acupuncture" dan sebagainya. Sekiranya anda mahu berbuat demikian, pastikan alat-alat penebus kulit tersebut sentiasa dibersihkan dari kuman. Pada amnya, anda hendaklah mengelakkan diri dari sebarang langkah yang menyebabkan kulit anda ditebusi melainkan ianya amat diperlukan.

Penutup

Setakat ini masih belum terdapat rawatan bagi jangkitan HIV. Walaubagaimanapun, terdapat ubat yang boleh melemahkan virus HIV. Kombinasi ubat ini dapat membantu pesakit mengawal pertumbuhan virus dan ia juga dapat memperlahankan kemusnahan system imunisasi. Ia juga efektif bagi memanjangkan umur serta meningkatkan kualiti hidup pesakit (My Health for Life). Oleh itu, semua pihak harus berganding bahu untuk menangani masalah ini serta melambatkan penyebaran epidemik HIV ini. Orang awam termasuklah pelajar-pelajar harus didedahkan kepada maklumat dan pengetahuan tepat tentang HIV/AIDS tentang bagaimana ia berjangkit dan bagaimana ia dicegah. Orang awam juga perlu mempunayi kesedaran yang tinggi tentang bahaya HIV/AIDS. Namun apa yang paling penting sentiasa mengamalkan cara hidup sihat dan sayangilah tubuh badan anda. Sekian dan Terima kasih.

Konsep Perlembagaan

Mengikut Kamus Dewan Eja Pro V.192 (2007), perlembagaan membawa erti undang-undang atau peraturan negeri iaitu dasar pemerintah negeri. Perlembagaan membolehkan kita mengetahui dan menentukan peraturan hidup, hak-hak warganegara, sistem kehakiman, kuasa kerajaan, badan penggubal undang-undang dan berbagai-bagai lagi. Menurut yang tertulis dalam Portal Pendidikan Utusan (2002), perlembagaan boleh didefinisikan sebagai undang-undang yang menggariskan pemerintahan sesebuah negara. Perlembagaan berfungsi untuk mewujudkan satu bentuk pemerintahan negara yang adil dan mampu untuk memenuhi tuntutan dan kehendak rakyatnya. Perlembagaan juga membolehkan pemimpin atau pentadbir menjalankan tugasnya tanpa berlakunya penyalahgunaan kuasa.

Perlembagaan adalah sumber undang-undang tertinggi di sesebuah negara yang berperanan sebagai panduan bagi pembentukan undang-undang samada di pihak kerajaan atau rakyat. Menurut Profesor Dicey (Mohd. Salleh Abas, 1997), undang-undang perlembagaan mengandungi dua prinsip sahaja, iaitu; Prinsip Kedaulatan Parlimen; dan Prinsip Kedaulatan Undang-undang. Walau bagaimanapun, takrif perlembagaan oleh Profesor Dicey ini tidak memadai. Umumnya perlembagaan terbahagi kepada dua jenis iaitu yang pertama perlembagaan bertulis dan yang kedua perlembagaan tidak bertulis. Perlembagaan bertulis merupakan perlembagaan yang dikumpul dan disusun di dalam satu dokumen. Manakala, perlembagaan tidak bertulis merupakan semua prinsip perlembagaan yang tidak terkumpul dalam satu dokumen seperti undang-undang yang diluluskan oleh parlimen dan keputusan-keputusan mahkamah.

Perlembagaan Malaysia adalah perlembagaan bertulis, yang mana perlembagaan merupakan satu dokumen yang mengandungi semua undang-undang tertinggi yang menjadi sumber pemerintahan negara. Perlembagaan bertulis Malaysia mengandungi beberapa perkara seperti (a) teks, iaitu 16 bahagian dan 183 perkara dan fasal-fasal; (b) Jadual-jadual, iaitu 13 jadual yang menyentuh tentang bidang kuasa eksekutif, legislatif, kehakiman, kedudukan agama Islam, kewarganegaraan, bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera sabah dan sarawak dan lain-lain lagi.

Di Malaysia juga, tidak ada institusi yang boleh mengatasi ketinggian Perlembagaan Malaysia. Malah ketiga-tiga badan kerajaan (perundangan, kehakiman, eksekutif) dan Yang di Pertuan Agong juga tertakluk kepada Perlembagaan Malaysia. Ini kerana, perlembagaan memperuntukan dengan nyata dalam Perkara 4(1) iaitu Perlembagaan ini ialah undang-undang utama Persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka yang tidak selaras dengan Perlembagaan ini adalah tidak sah setakat ketidakselarasan itu.

Oleh itu, secara ringkasnya perlembagaan merupakan kuasa tertinggi dalam pemerintahan sesuatu negara.

Chikungunya

Penyakit Chikungunya

Kementerian Kesihatan Malaysia (Bahagian Kawalan Penyakit) mengatakan bahawa penyakit Chikungunya adalah sejenis penyakit yang dibawa oleh nyamuk. Jangkitan berlaku apabila nyamuk Aedes albopictus atau Aedes aegypti iaitu yang membawa virus Chikungunya daripada genus Alphavirus di dalam keluarga Togaviridae menggigit manusia. Namun begitu, penyakit ini sering di salah anggap sebagai demam denggi kerana tanda-tanda penyakit yang menyerupai demam denggi, lagi pula pembawa penyakit ini juga sama iaitu nyamuk Aedes. Penyakit ini pertama kali dikesan melalui ujian darah di Tanzania pada tahun 1953. Semenjak itu ia berlaku di negara-negara Afrika, Asia dan Eropah. Ia merupakan sejenis penyakit endemik yang kerap berlaku di kebanyakan negara seperti Sub Sahara Afrika, India, Asia Tenggara, Indonesia dan Filipina. Malaysia mencatatkan kes pertama pada tahun 1999 di mana seramai 27 orang pendatang asing Myanmar di Pelabuhan Klang telah dijangkiti virus ini. Pada bulan Mac 2006, seramai 37 orang penduduk di Bagan Panchor, Pantai Remis, Perak telah dijangkiti penyakit ini. Pada bulan Disember tahun yang sama juga penyakit ini telah merebak di kalangan 30 orang penduduk tempatan di Ipoh, Perak. (Azmi Hashim, 2008).

Faktor utama yang membawa kepada jangkitan penyakit ini ialah melalui gigitan nyamuk Aedes. Penyebaran atau jangkitan penyakit ini berlaku apabila nyamuk Aedes menggigit seseorang yang telah dijangkiti oleh virus Chikungunya dan memindahkan darah berkenaan kepada seorang mangsa lain yang sihat. Walau bagaimanapun, seseorang yang telah dijangkiti tidak boleh menyebarkan penyakitnya itu secara langsung kepada orang lain. Proses penularan hanya berlaku menerusi nyamuk pembawa.

Tanda-tanda penyakit ini ialah demam panas mengejut, sakit teruk pada sendi, ruam pada badan dan sakit kepala. Biasanya seorang pesakit yang dijangkiti oleh penyakit ini boleh demam dari 1 hingga 7 hari tetapi pada kebiasaannya 5 hari. Di Malaysia, Chikungunya belum pernah dilaporkan boleh menyebabkan pendarahan atau kematian. Tetapi, sesetengah pesakit mengalami gejala yang berpanjangan. Pesakit yang sudah berumur pula boleh mengalami kesakitan berulang pada sendi sehingga beberapa bulan atau tahun. Walau bagaimanapun, pesakit yang menghidapi penyakit ini tidak dapat diberi rawatan yang khusus kerana ia merupakan penyakit yang disebabkan oleh virus dan selalunya rawatan yang diberi berdasarkan gejala klinikal yang dialami oleh seseorang pesakit.

Masyarakat atau orang ramai perlu mengambil peranan dan prihatin terhadap penyakit ini di mana sekiranya mengalami tanda-tanda dan gejala penyakit Chikungunya, mereka adalah dinasihatkan segera mendapatkan rawatan di klinik atau hospital terdekat. Selain itu, penglibatan keluarga, masyarakat, sekolah, komuniti dan masyarakat terhadap pencegahan terhadap penyakit ini perlu dilakukan iaitu dengan membersihkan kawasan rumah dan persekitaran serta sekolah agar bebas daripada tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes. Ini boleh dilakukan melalui aktiviti gotong royong membersihkan kawasan persekitaran atau tempat tinggal mahu pun sekolah serta tempat-tempat yang berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes. Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (Bahagian Kawalan Penyakit) adalah terbukti tiada kes penyakit Chikungunya yang dilaporkan di kawasan-kawasan yang melakukan gotong- royong. Selain itu, orang ramai juga perlu memeriksa rumah dan persekitaran sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk memastikan tiada pembiakan nyamuk Aedes. Secara tidak langsung, tindakan ini juga dapat mengelakkan penyakit denggi yang juga dibawa oleh nyamuk Aedes.

Sunday, March 1, 2009

Agrotek

Ikan Hiasan Air Tawar


Ikan hiasan ialah ikan yang dipelihara oleh manusia bagi tujuan menikmati sifat-sifat unik dan menarik yang ada padanya. Antara sifat-sifat ini termasuk warna yang cantik, saiz dan bentuk badan yang unik, bahagian tertentu badan yang unik dan menarik, dan sifat eksotik lain.

Ikan hiasan penting kerana hari ini terdapat berjuta orang di dunia, termasuk di Malaysia, yang memelihara ikan hiasan sebagai satu hobi yang sangat diminati. Dari segi ekonomi, hobi ini telah mewujudkan satu industri besar yang melibatkan aktiviti-aktiviti menternak dan menjual ikan hiasan termasuk mengeksport ikan ini ke pasaran luar negeri.