Saturday, April 18, 2009

Laras Bahasa

Laras bahasa boleh didefinisikan sebagai gaya atau cara penggunaan sesuatu bahasa. Sesuatu laras bermaksud variasi yang ada pada tiap-tiap penutur. Laras bahasa biasanya berubah-ubah mengikut situasi. Ciri-ciri laras yang penting ialah perbendaharaan kata, susunan ayat dan frasa yang digunakan. Sesuatu laras tertentu digunakan untuk keadaan atau situasi tertentu. Daripada suatu segi, dapat dikatakan bahawa dengan memilih laras yang tidak sama untuk situasi-situasi yang berlainan, anggota masyarakat dapat menunjukkan bahawa mereka sedar akan situasi-situasi sosial yang berlainan yang wujud di sekitar mereka. Ada terdapat beberapa jenis laras bahasa seperti laras biasa, laras perniagaan, laras akademik, laras undang-undang, laras media massa, laras rencana dan laras sastera.

Terdapat dua aspek dalam laras bahasa sastera iaitu, laras bahasa ilmiah yang membincangkan atau memperkatakan bidang sastera, dan juga laras bahasa kreatif yang digunakan dalam karya kreatif yang terhasil daripada gaya cipta atau gabungan daripada cetusan imaginasi dan pengalaman pengarang. Laras ini berfungsi sebagai media untuk mengungkapkan ekspresi dan pemikiran pengarang dalam bentuk yang bernilai seni dan estetika.

Dalam laras bahasa sastera juga mengandungi istilah-istilah teknikal bagi memperkatakan bidang sastera iaitu unsur perbandingan yang melibatkan personafikasi, hiperbola, simili dan metafora. Unsur yang satu lagi ialah unsur bunyi yang melibatkan asonansi, aliterasi dan rima. Kita boleh nampak penggunaan kedua-dua unsur ini di dalam puisi berbentuk sajak.

1 comment:

Teen said...

Laras bahasa ini ditulis oleh my lovely one...so thanks for him